Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Monday, February 28, 2011

Iskandar Zulqarnain?

Syiling yang dijadikan bukti Alexander mempunyai dua tanduk
Hey guys. Malam ni rasa nak cerita pasal Zulqarnain sikit. Siapa tak pernah dengar pasal Zulqarnain Qurani? Rasanya tak ada sebab orang Melayu dari zaman dulu lagi dah cerita pasal ni dan orang Melayu sudah sinonim mengatakan Zulqarnain tu ialah Alexander the Great (Raja Iskandar) dari Macedonia. Sebabnya, di dalam buku Sejarah Melayu tertulis "A'lam ketahui olehmu, pada zaman dahulukala, dan pada masa yang lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulqarnain gelarnya, sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suatu bi'at, negeri Hindi." Secara perlahan-lahan, Alexander ranum dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Beliau lebih dikenali sebagai Zulqarnain atau Iskandar Zulqarnain. Di dalam Surah al-Qahfi, ada menceritakan pasal seorang tokoh iaitu Zulqarnain yang telah menguasai Timur dan barat serta melaksanakan misi membina tembok penghalang Yakjuj Makjuj (Gog Magog). Namun, siapakah beliau yang sebenarnya masih menjadi misteri. Kalau ikut apa yang ditulis oleh Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko) di dalam buku Yakjuj Makjuj Bencana Di Sebalik Gunung, Alexander the Great atau Raja Iskandar ialah Zulqarnain. Maksud Zulqarnain ialah pemilik dua tanduk. Tetapi, menurut pandangan aku yang tak seberapa ni, Alexander bukanlah Zulqarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Quran. Sebabnya, dalam kebanyakan buku yang telah aku baca dan di dalam Wikipedia juga mengatakan Alexander mengamalkan Greek polytheism. Polytheism adalah kepercayaan kepada banyak Tuhan dan Alexander dikatakan mempercayai bahawa beliau ialah anak Zeus (Tuhan Greek). Beliau juga percaya kepada Tuhan Amon (Tuhan Mesir Purba) dan menganggap dirinya sebagai anak Amon. Jadi, hal ni dah dapat menunjukkan bahawa Alexander bukanlah Zulqarnain kerana di dalam surah al-Qahfi, Zulqarnain dikatakan sebagai orang yang beriman. Jadi, masakan orang yang mempercayai dirinya sendiri anak Tuhan dan menyembah Tuhan-tuhan Greek ialah orang yang beriman. Selain itu, Zulqarnain diceritakan oleh Allah SWT bahawa beliau telah membina dinding untuk menghalang Yakjuj Makjuj. Hal ini membuktikan bahawa Alexander bukanlah Zulqarnain kerana tiada satu catatan sejarah pun yang menceritakan bahawa Alexander ada membina tembok sepanjang hidupnya. Alexander juga merupakan seorang yang selalu mabuk akibat meminum arak tapi mungkin alasan ni tak boleh digunakan untuk kata Alexander tu tak beriman kerana arak hanya diharamkan beberapa tahun selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW dan masa itu terlampau jauh di hadapan zaman Zulqarnain (ratusan tahun). Beliau mengambil alkohol secara berlebihan dan akibatnya, beliau telah membunuh Cleitus (pernah menyelamatkan nyawa beliau) yang memuji kepimpinan Raja Phillip II dan mengkritik kepimpinan Alexander. Beberapa tahun sebelum peristiwa pembunuhan ini, Bucephalus (nama kuda Alexander) pernah dilarikan oleh penduduk di sebuah tempat bernama Malli (selatan Punjab). Beliau menjejaki kudanya itu dan apabila bertemu, mereka yang mengambil kuda itu memulangkannya kembali kerana gentar dengan tentera beliau. Walaupun kudanya telah dikembalikan, Alexander yang terlampau marah telah mengepung penempatan itu. Beliau memanjat tangga ke atas dinding penempatan itu dan malangnya tangga itu patah dan beliau terjatuh ke dalam kelompok musuh dan terpisah dengan tenteranya. Beliau melawan musuh-musuhnya hingga beliau dipanah di dada. Tenteranya berjaya masuk ke dalam dan Cleitus (yang dibunuh Alexander beberapa tahun kemudian) telah menyelamatkan nyawa beliau. Jadi, jika seseorang itu beriman, adakah dia akan membunuh seseorang yang telah menyelamatkan nyawanya? Of course not. Tambah-tambah lagi, orang itu hanya mengkritik kita, dan itu bukanlah satu kesalahan yang besar. Jadi, bagi aku, memang tak padanlah Alexander dengan Zulqarnain kerana di dalam al-Quran. Di dalam surah al-Qahfi, ayat 86, Zulqarnain diberi pilihan, beliau mampu menyeksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka. Dan Zulqarnain berkata dalam ayat yang seterusnya "Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kamu titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami." Jadi, daripada ayat ni, jelas menunjukkan yang Zulqarnain ini seorang yang berperibadi mulia. Jadi, bagi aku, Alexander dengan Zulqarnain mempunyai ciri-ciri yang jauh berbeza. Tapi, apa pun, ini hanya anggapan aku saja. Tak semestinya betul. Kalau korang rasa apa yang aku cakap salah, takde masalah. You're free to think of anything. In my next post, I'll tell you of who I think Dhul-Qarnayn is. And, if you have any question, feel free to ask. And also, feel free to give your opinions. Till the next post.


~Lonymous~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...