Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Tuesday, May 27, 2014

Naif

Hey guys. Peace be upon you. Wohoho. It's a cold night here in Kelantan. Thank God. All praises to Him since the drought has ended... I think. Anyway, this post here is... I don't know how to name it, it's not a pantun, sajak, seloka or whatever. Maybe I'll call this a story that rhymes*most of the time*? LOL. Anyway, it's based on a real life experience. Not mine alone, as I wrote this using many points of view. I'm not sure if the message can reach you or not but anyway, please enjoy it. n_n


   Seorang remaja mula mengenal dunia. Penuh dengan pancaroba tapi tak kurang juga bahagia. Hmm. Ironis sungguh, suka dalam duka dan sebaliknya. Awal hidupnya cuma bahagia. Apa diminta diberi semua biarpun ada kurangnya. Haha. Masih hijau kata orang-orang tua. Masakan dia mengenal duka hidup di negara nan bahagia. Ya ke? Satu persoalan kini bermain di benak fikirannya. Nampak benar naifnya dia.

   Namun, peristiwa-peristiwa suka dan duka bertambah, dirinya kian dewasa. Begitu banyak perkara yang dialaminya. Namun yang paling dia benci adalah kebenaran yang berselirat dengan dusta. Tapi, bukankah itu biasa dalam hidup di dunia? Setahunya, kebenaran satu cuma. Mana mungkin petak dipanggil bulat.Jika satu benar, satu lagi harusnya dusta. Tapi kata orang, lain perspektif lain lihatnya. Hmm. Benar juga. Lalu bagaimana?

   Sangkanya sudah masak dengan dunia, kini baru disengat bisa. Lihat di sini dan di sana. Penipuan merata-rata. Jauh lihat di sana, lupa pula yang dekat dengannya. Rasa sudah boleh percaya, muncul pula orang ketiga. Cerita dibawa ke telinga, lain benar dari yang pertama. Awalnya sudah dia tetapkan, sini baik, jahat di sana. Kini terpusing sepenuhnya. Menipu agaknya mereka semua. Jahat sungguh mereka. Marah akan tetapi terasa lucu pula. Haha. Dia juga sering memakai 'topeng' untuk menutup cacat-cela. Jadi, dia pun jahat juga?

   Kini dia antara dua. Perlukah dia percaya atau menidakkannya? Jika percaya, harus pada siapa? Si satu atau si dua? Jika dipilih si satu, adakah si dua terluka? Jika dipilih si dua, apa pula jadinya? Jika tidak percaya keduanya, sakitkah hati mereka? Bukankah untuk memberi kepercayaan itu milik mutlaknya? Lihatlah wahai sahabat, akan kebingungannya.

   Bukan dia tidak mahu percaya. Dia cuma seorang yang sedang pusing kepala. Naifnya dia buat dia silap menilai sahabatnya. Disangka kawan rupanya musuh yang punya sengketa. Naifnya dia buat dia silap menilai teman baiknya. Disangka kenal sebenar-benar kenal rupanya lakonan semata-mata. Naifnya dia buat dia silap menilai sesiapa. Disangka itu jahat, rupanya itu baik-baik sahaja. Benar juga pepatah Mat Panjang, jangan menilai buku melalui kulitnya. Maafkan dirinya kerana tersalah dan tersilap, bukannya sengaja. Buat pengajaran kita semua. Orang pandai belajar daripada kesilapannya, tapi orang yang bijak belajar daripada kesalahan orang di sekelilingnya.


~Jaw~

Friday, May 9, 2014

Aku Seorang Pelajar Perubatan

Hey guys. Peace be upon you. Ahhh, I feel so sleepy. I just slept for a while in the evening and stayed up the whole night decorating a hall for an event this morning. I bet I'll fall asleep right away even before the speech starts. LOL. Anyway, this post is actually a poem written by me. It has been in draft for a long time and it was supposed to stay as draft for a bit longer. However, since a friend of mine is going to interview for medical course in USM tomorrow, this poem is posted. It's not 100% finished actually but for now, let's make do with it. Enjoy. n_n
----------------------------------------------------------------------------------

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...