Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Tuesday, March 1, 2011

Real Dhul-Qarnayn?

Potret Cyrus The Great
Hey guys. Ok. Semalam aku cakap aku nak bagitahu siapakah Zulqarnain yang sebenarnya bagi aku.
He is Cyrus The Great (Raja Kurush). Beliau juga dikenali sebagai Cyrus II atau Cyrus of Persia kerana beliau merupakan seorang Raja Parsi. Mayatnya dikebumikan di Pasargadae, Iran. Dikatakan, Alexander sendiri pernah menziarahi makamnya sebagai tanda peghormatan kepada beliau walaupun empayar beliau telah dirampas oleh Alexander (Empayar Parsi yang dipimpin Raja Darius III telah dikalahkan oleh Alexander dalam Peperangan Issus dan Peperangan Gaugamela). Antara sumbangan Cyrus semasa hidup adalah pembebasan hamba, mengadakan sistem pos, serta memperkenalkan hak-hak asasi manusia sebagaimana yang tercatat pada silindernya (Cyrus Cylinder).
Cyrus Cylinder
Di dalam Old Testament (Kitab Yahudi) atau New Testament (Kitab Nasrani / Bible) Book of Daniel ada menceritakan kisah Nabi Daniel bermimpi melihat kambing gurun bertanduk dua (kemungkinan Zulqarnain) mengalahkan semua jenis binatang kecuali pada akhirnya kambing itu dikalahkan oleh kambing bertanduk satu. Selepas mimpi tu, Nabi Daniel tidak sedarkan diri dan malaikat muncul di hadapan baginda dan mengatakan yang bertanduk dua itu adalah raja kepada Madia dan Parsi (Cyrus), dan yang bertanduk satu itu adalah Raja Yunani (Alexander). Di dalam penulisan sejarah, tidak ada raja lain kecuali Cyrus The Great sahaja yang pernah menyatukan Kerajaan Madia dan Parsi. Jadi samalah mimpi tu seperti dalam sejarah yang menunjukkan kerajaan Cyrus (Parsi) dirampas oleh Alexander (Yunani). Berdasarkan surah al-Qahfi, ayat 86, jelas menunjukkan Zulqarnain mendapat wahyu dan menurut Tafsir Al-Jalalain oleh Jalaludin as-Suyuti dan Jalaludin al-Mahali bahawasanya Zulqarnain mendapat wahyu berbentuk ilham. Maka, tiada satu penulisan pun yang menceritakan Alexander mendapat wahyu, ilham ataupun bimbingan daripada Tuhan. Sebaliknya, bagi Cyrus pula, ada tertulis dalam catatan Yahudi iaitu pada buku Isaiah, U'zair dan Chronicle yang mengatakan Cyrus, "Dia adalah pengembalaku, dan dia melaksanakan apa yang Aku kehendaki, mengatakan kepada Jerusalem, 'kamu akan dibina', dan kepada tempat penyembahan, 'tapak asasmu akan diletakkan'. Maka berkata Tuhan kepada orang yang terpilih itu, Kurush (Cyrus) yang tangannya kupimpin bagi menawan kaum sebelumnya, .... moga kamu mengetahui, Aku adalah Tuhan yang kamu panggil dengan namaku adalah Tuhan kepada Bani Israel... Sekarang pada tahun pertama Kurush raja Parsi, bahawa kalam Tuhan melalui mulut Jeremiah (seorang nabi) akan dipenuhi, Tuhan menaikkan semangat Kurush raja Parsi, bahawa dia mengisytiharkan ke seluruh pelosok kerajaanya, dan juga meletakkan pada penulisan yang berbunyi: Maka berkata Kurush raja Parsi, Tuhan kepada langit memberikanku kerajaan di atas muka bumi dan dia memerintahkanku membina rumahnya di Jerusalem iaitu di Judah." Hal ini membuktikan bahawa Cyrus mendapat ilham dari Tuhan. Lagi satu, Cyrus mengamalkan ajaran Nabi Zarasthura ataupun Zoroaster di dalam tindakan dan juga polisinya, namun oleh kerana tiada bukti yang nyata, hal ini tidak dapat dipastikan. Tapi, oleh kerana beliau bertolak ansur dengan agama lain, kebanyakan sejarawan bersetuju mengatakan beliau ialah seorang pengamal agama Nabi Zarasthura iaitu agama yang mengabdikan diri kepada Ahura Mazda, Pada asalnya agama ini tidak menyembah api namun api hanya sebagai simbol penyembahan Tuhan sama seperti Bintang Daud (Orang Yahudi), salib (Orang Kristian) dan orang Islam yang berkiblatkan Kaabah. Ketauhidan agama ini kekal hingga berlaku penyelewengan agama ke arah penyembahan api itu sendiri seperti Kristian menyeleweng dengan konsep 'trinity'. Jadi, orang yang mengikut ajaran nabi semestinya merupakan orang yang beriman, jadi bagi aku, Cyrus the Great ialah Zulqarnain yang dimaksudkan di dalam al-Quran. Anyway, this is all my opinion, maybe true, maybe not. Like I said, you're free to think of anything. I would like to write more but I guess this is more than enough. Thanks for reading. Till the next post. 

Gambar yang dijadikan bukti untuk menunjukkan Cyrus juga bertanduk dua 


~Lonymous~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...