Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Sunday, February 13, 2011

What to Read



Hey guys. All right. Dalam post saya yang terakhir, saya ada sebut pasal membaca dan hari ni saya rasa macam nak bercerita tentang membaca. Hari ni, saya tak berminat nak bercerita mengenai kepentingan membaca sebab anda semua pasti dah tahu kepentingannya. Silap-silap, dah naik muak sebab asyik buat karangan mengenai kepentingan membaca memanjang. Jadi, hari ni saya nak cerita tentang apa yang perlu dibaca. Tapi sebelum tu, biar saya jelaskan maksud membaca. Menurut Wikipedia, membaca adalah satu proses menyahkod simbol-simbol tertentu untuk mendapatkan maksud daripada teks (seperti membaca buku). Maksudnya, kita cuba untuk memahami simbol-simbol (yakni huruf-huruf) dalam susunan tertentu untuk memahami maksud sesuatu teks. Saya tak tahu tentang luar negara jadi saya akan cerita pendapat saya tentang budaya membaca di Malaysia. Sekarang ni, kita dapat lihat ramai rakyat Malaysia yang gemar membaca sehinggakan banyak anak-anak kecil yang menyuruh ibu bapa mereka membelikan buku untuk mereka. Harap-harap, kadar buta huruf di Malaysia dah berada di tahap minima. Akan tetapi, terdapat lagi satu masalah yang besar. Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia mula berminat untuk membaca, tetapi masalahnya, mereka tidak tahu apa yang patut dibaca terutamanya remaja-remaja Malaysia (jarang orang-orang tua ada masalah ni). Kebanyakan remaja dan segelintir orang-orang yang berumur gemar membaca buku yang tidak memberi banyak faedah terhadap mereka. Banyak di antara mereka hanya minat membaca novel-novel cinta,novel-novel fiksyen dan novel-novel yang hanya direka sekadar untuk kepuasan membaca. Bukanlah tak boleh nak baca novel macam tu, tapi sepatutnya kita juga perlu membaca buku-buku ilmiah seperti biografi,sejarah,geografi dan buku-buku lain yang mengandungi fakta. Memang tidak dinafikan sama sekali membaca novel ada faedahnya seperti dapat belajar 'grammar', perkataan-perkataan baru dan lain-lain tetapi dengan membaca buku-buku ilmiah, kita bukan sahaja mendapat kelebihan dari sudut itu bahkan mendapat input-input yang banyak dan fakta-fakta yang berguna. Kebanyakan novel hanya ditulis untuk memberi keseronokan dan kepuasan kepada pembaca tetapi tidak banyak input-input yang berguna diselit ke dalam novel-novel tersebut. Manakala, buku-buku ilmiah pula ditulis bertujuan untuk memberi fakta-fakta yang berguna kepada kita dan mungkin inilah sebabnya tidak ramai yang berminat untuk membacanya kerana buku-buku tersebut sarat dengan fakta yang menyebabkan kebanyakan orang bosan ketika membaca buku-buku tersebut. Namun kita sepatutnya melihat kepada faedahnya, bukan keseronokannya. Tambahan pula, kebanyakan penulis buku-buku ilmiah telah berusaha untuk menjadikan buku mereka bukan sahaja sarat dengan fakta tetapi juga dapat memberi keseronokan kepada pembacanya. Namun, segala usaha mereka tersebut tidak juga berguna sekiranya kita memang langsung tidak berminat untuk membacanya. Memang benar 'Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya', tetapi kita juga perlu lihat apakah yang dibaca. Jika hanya sekadar membaca novel-novel fiksyen, adakah kita akan menjadi 'Bangsa Berjaya'? Sudah tentu tidak. Jadi, harap-harap, selepas ini, kepada pembaca-pembaca post ini, tolonglah fikirkan kebenaran mengenai apa yang telah diceritakan di atas. Saya juga berharap selepas ini, lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan remaja akan lebih berminat untuk membaca buku-buku ilmiah. Namun, itu tidak bermaksud novel-novel fiksyen langsung tidak boleh atau tidak perlu dibaca. Pandai-pandailah anda timbang. 


~Lonymous~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...