Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Saturday, January 14, 2017

Doktor, Itu Je?



Ossu! Pekabo?

     Alhamdulilah, dah 4 bulan menjejakkkan kaki masuk clinical years.  Jauh lagi perjalanan nak jadi  seorang doktor tapi tak apa, pelan-pelan kayuh orang kata. Mohon semua doakan. Dah jadi doktor nanti, mana tahu dapat menyumbang jadi salah seorang penulis Diagnosis ke. Hehe. Tinggi benor cita-cita. Dah, jom sambung cerita. Cerita ni inspirasi dia (ceewah) datang lepas kena sound dengan doktor pakar dalam klinik ortopedik.

    Masa tu lebih kurang pukul 1 tengah hari, saya dengan member join klinik seorang doktor pakar ni. Doktor ni pakar tulang jadi klinik dia memang dari pagi sampai petang untuk layan pesakit yang ada masalah berkaitan. Nak jadi cerita, datanglah sepasang suami isteri, muda lagi, bawa anak perempuan mereka ke klinik. Adik ni patah tulang selangka (clavicle) dalam dua-tiga minggu lepas sebab terjatuh masa main lompat-lompat atas sofa. Budak-budak biasalah, buas.

     Dari mula-mula masuk pintu lagi adik ni dah menangis, sambil dipujuk ibunya. Dia nampak kami medical students pula, lagi kuat dia menangis. Mungkin sebab nampak kami pakai white coat, dia ingat kami nak cucuk dia barangkali. Ini antara dilema pelajar perubatan juga ni, nak buka white coat tak boleh, takut nanti tertukar dengan doktor-doktor lain pula, jadi kami semua cubalah pujuk dia sekali. Doktor sogok dia dengan gula-gula baru dia senyum sikit. Laju tangan dia capai gula-gula yang doktor hulur.

      Doktor cek x-ray dia dan kami yang bukanlah mahir sangat pun tengok x-ray, pun boleh tahu, pasti, tulang adik ni memang dah bercantum elok. Lega, doktor pun mula berbual dengan mereka. Muka suami isteri nampak lega betul bila diberitahu tulang anak mereka dah sembuh hampir sepenuhnya. Selepas selesai ambil history sikit, doktor cuba nak periksa pergerakan tangan adik ni. Just to make sure she really is fine. Adik tu mula menangis balik tak nak bagi doktor periksa dia. Doktor cuma senyum dan gosok kepala dia. Pap, adik tu tepis tangan doktor. Garang betul. Haha. Doktor geletek dia pula, dia ketawa dan sekali lagi dia tepis tangan doktor ke tepi pula.

     "Okaylah, dia tak nak bagi cek tak apa. Adik okay dah, tulang pun dah sambung elok, tengok tak ada apa-apa, kira tak payah datang lagi dah untuk apa-apa check-up," kata doktor. "Itu je doktor?" tanya si ibu. "Yup. Tulang dia dah sembuh sepenuhnya, dia pun sihat. Jadi itu sahaja, tapi kalau ada apa-apa lagi lepas ni, boleh telefon klinik dan dapatkan temujanji baru ya," balas doktor. Si ibu dan si bapa cuma senyum mengangguk dan keluar klinik selepas mengucapkan terima kasih.

     Dalam hati saya, saya boleh faham kenapa ibunya bertanya sedemikian. Doktor ni cek adik tu tak sampai 5 minit. Setakat tengok x-ray, dah boleh discaj pesakit. Macam..."WHAT????" Tangan dia pun doktor tengok macam tu sahaja, range of motion okay ke tidak, sakit ke apa ke, tak ada pula dia cek. Tapi kita yang student, dia yang pakar, mana berani nak tanya. Hentam sajalah Labu. Maka di situlah bermulanya saat kepahitan. *bunyi pintu terbuka macam dalam filem seram*

     Doktor berpaling ke belakang, dan mula bertanya kami berbagai soalan. "Adik tu kenapa saya discaj?" Krik krik krik. "Berapa lama tulang budak-budak ambil masa untuk sembuh?" Diam. "Awak rasa tulang dia macam mana?" "Tengok x-ray okay doktor." "Clinically macam mana? Patient depan mata awak, tengok x-ray tak aci."Diam lagi. Mana kita nak tahu, tengok doktor pun macam tak cek apa-apa, cuma x-ray. Silap besar rupanya. Kami yang buta.

     "It's okay then since this is your first week. You have to be perceptive and know what you want to see. Patient paeds (kanak-kanak) kita tak examine macam adult. Contoh tadi, saya tengok range of motion dia full. Tengok dia punya tangan masa ambil gula-gula dengan saya tadi kan? Tinggi dia capai gula-gula atas kepala dia. Lepas tu tengok tak dia tepis tangan saya masa saya cuba geletek dia dengan gosok kepala dia? Means power pun okay. Dia pun tak menangis sakit ke apa therefore I know, clinically patient is fit for discharge. And supported with the x-ray findings. Macam tu caranya nak periksa pesakit paeds tapi tak apa, you have a long way to go," ajar doktor pakar tu bersungguh-sungguh. Malu kita ni sebab ragu-ragu dengan doktor sendiri, kita yang tak tahu, kita kata dia tak periksa. Buta kayu.

     That happened almost 6 weeks ago and it reminded me of many viral posts trying to shame healthcare workers. Nurse pakai baju ketat, doktor tidur dalam wad, doktor tak pandai jahit luka buat macam guni katanya dan entah apa lagi yang saya sendiri mungkin terlepas pandang,Sekarang ni kan zaman viral, semua benda nak viral. Daripada yang baik ke yang buruk, yang neuron otak kurang bersambung, yang buat putus urat kentut ketawa, macam-macamlah. Yang sedihnya, lebih ramai (especially rakyat Malaysia) yang suka viralkan benda-benda yang bukan sahaja tak berfaedah, buat cari gaduh, lepas tu entah betul ke tidak sampai buat diri sendiri nampak lagi bodoh. Dasar keyboard warrior.

     Point here is, janganlah mudah-mudah menjatuhkan maruah pekerja kesihatan atau sesiapa sahaja yang cuba sehabis baik untuk membantu anda. Kalau ada yang tak puas hati, minta penjelasan. Doktor memang ditugaskan untuk memahamkan pesakit setakat mana yang pesakit mahu tahu. Kalau anda nak tahu sampai tahap doktor pakar pun, dia memang akan cuba jelaskan sebaik mungkin. Macam doktor pakar dalam cerita di atas, ada kemungkinan kalau orang nak buat hal, boleh saja dia tangkap gambar doktor tu dan tulis satu post dalam Facebook, "Doktor Pakar Malas Periksa Pesakit." Sedangkan in reality, doktor tu memang dah periksa apa yang sepatutnya diperiksa. Puluhan tahun pengalaman, ribuan bilangan pesakit yang dah dirawat, kita tak ada semua tu. Makanya jangan memperbodohkan orang semudah makan kacang menglembu. Macam lembu je orang pandang kau nanti. Bergurau ja noh. Take care guys. Ciao and have a nice day. :)


~JAW~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...