Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Friday, March 18, 2011

Aurat


Hey guys. Hari ni nak cakap sikit la pasal aurat. Bukan apa, sekarang ni, ramai sangat yang buka aurat tanpa sedar. Tak faham? Maksudnya, ramai orang (khususnya perempuan), di luar rumah, in real life, tutup aurat maybe sebab dah diajar macam tu, ataupun boyfriend suruh ke apa. Tak tahu la. Tapi, masalahnya, dah elok-elok tutup aurat kat luar, dalam Facebook pula dia buat hal. Ye la. Tangkap gambar tengah mandi pantai dengan family la, apela, for sure ada gambar yang tak tutup aurat. Apa? Pakai tudung? LOL. Apela. Tutup aurat bukan bermaksud pakai tudung sahaja ya cik kak. Let me tell you an aya from the Quran that tells what is aurat, and which part are aurat. Buka al-Quran yang ada terjemahan dan buka surah an-Nur, tengok ayat 31. Maksudnya: 'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya.' All right. For sure, semua orang tahu bahawa aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan hingga pergelangan tangannya. Jadi, kalau pakai tudung, tapi pakai baju lengan pendek, baju ketat, sama juga la. Kira tak tutup aurat juga. Memang betul, kalaulah kita mandi pantai, susah kalau nak pakai baju lengan panjang, mungkin pakai tudung pun susah juga. Tapi apapun, aurat perlu ditutup. Still, kalau masih tak nak tutup aurat, itu hak anda tapi tolonglah jangan pergi upload masuk dalam Facebook. Dah la masa mandi tu, entah berapa ramai yang tengok kita tak tutup aurat, masuk dalam Facebook, lagi ramai la yang tengok. Mampu ke nak tanggung dosa yang bertambah 24 Jam? I repeat, 24 HOURS and 7 DAYS. Dua kali ganda pulak tu. Mampu? Answer it yourself. Dan kadang-kadang tu ada yang tanya, dalam ayat ni tak kata pun pasal tak boleh pakai baju ketat-ketat ke apa. Betul. Tapi ayat di atas ada mengatakan, "...janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...", memperlihatkan tu tidak semestinya bermakud membuka baju then pergi tunjuk kat semua orang. Well, that is one way to say it tapi dengan pakai baju ketat pun, sama juga, maksudnya kita menunjukkan tubuh kita agar dilihat oleh orang lain tak kira la siapa pun. Cuba tanya sendiri dengan rakan-rakan anda yang berpakaian ketat, mesti ramai yang jawab (maybe tak semua tapi mesti ramai), "Aku nak orang tengok aku ni cantik la." and etcetera. Bila cakap tengok, maksudnya kita nampak, dan bila nampak maksudnya kita lihat, dan bila kita lihat maksudnya ada yang memperlihatkan. And sometimes, ada yang kata, "Aku bukan tak nak pakai tudung, tapi aku takut nanti orang kata apa pulak." Ramau yang takut orang kata, "Ko ni ikut cakap boy je. Bukan ikhlas pun./Ko ni wat alim kenapa?" Pedulikan mereka. Cuba fikir, masa kita kecil-kecil dulu la, sembahyang ikhlas ke tak? Hell no. Sure sebab takut kena rotan dengan ayah, kena marah ke apa. Kan? Tapi bila dah besar, kita dah tahu yang sembahyang tu wajib sebab itu Rukun Islam, jadi kita pun ikhlas apabila sembahyang dan tak la susah kita nak laksanakannya bila dah besar, sebab masa kecik-kecik dah diajar sembahyang. Sama la macam kes ni. Kalau kita pakai tudung (bukan tudung saja, tutup aurat sekali) sekarang, mungkin orang akan kata kita tak ikhlas dan mungkin betul apa yang orang cakap tu. Tapi, percayalah, keikhlasan tu akan datang perlahan-lahan. Sama macam kes sembahyang tadi tu. I guess that's all for now. I am truly sorry if you are agrrieved with my post. Tetapi, saya cuma mencegah kemungkaran dengan cara yang saya mampu. Nak pergi pukul atau marah orang tu, memang tak boleh la, jadi, dengan cara ni la saya tegur. Thanks for reading. Till the next post. 


~Lonymous~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...