Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Sunday, October 5, 2014

Kenapa Hari Raya Korban Dalam Islam Tidak Kejam (Logik, Ringkas)


Yo. 

     Semalam saya sempat berbual-bual di Fb dengan beberapa orang Kristian dan juga atheis mengenai Hari Raya Korban umat Islam. Ada yang mempersoalkan dan tak kurang juga yang mengutuk sambutan tersebut. 
"Selamat membunuh binatang wahai sahabat Islam. Ritual yang tidak disenangi oleh kaum lain tapi menjadi kebanggaan oleh Jihadist. Tuhan mereka sentiasa kehausan darah sebab itu mereka (Islam) suka bunuh membunuh." -Murtads in Malaysia and Singapore
     Marah? Eloklah kalau anda like page tu dan pergi jelaskan pada orang-orang di situ dengan sebaiknya. :)   That page needs more tolerant and knowledgeable Muslims to explain things to them. Mereka akan guna sains, politik, falsafah dan macam-macam lagi untuk merendahkan Islam. Kalau ada yang pakar dalam bidang-bidang ni, bagus juga kalau boleh bantu saudara-saudari seagama kita yang sedang berusaha membetulkan persepsi buruk terhadap Islam. Bersatu teguh, bercerai roboh. Ye idok? XD

     Here are a few logical reasons I can think of which hopefully will open the eyes of anyone who thinks korban is nothing but violations of animal rights.
  1. Binatang yang bakal dikorbankan akan dijaga sebaik mungkin. Diberi makan dan minum yang cukup juga dipastikan sihat dan tidak cacat.
  2. Binatang tersebut perlu mencapai had umur yang ditetapkan. Tidak boleh terlampau muda atau tua. Contoh bagi lembu dan kambing, umurnya telah sampai dua ke tiga tahun.
  3. Binatang tersebut perlu disembelih dengan pisau yang tajam supaya dapat mempercepatkan kematiannya. 
  4. Setiap hasil daripada binatang korban tersebut, kulit, daging, organ dalaman, tulang dan lain-lain digunakan sepenuhnya tanpa pembaziran. Tidak seperti korban dalam ritual-ritual lain dimana binatang tersebut dibakar atau lain-lain tanpa memberi hasil kepada sesiapa. i.e. Holocaust.
  5. Daging-daging tersebut akan dibahagikan mengikut tuan dan akan disedekahkan kepada orang-orang miskin, dibuat jamuan untuk orang ramai dan juga untuk makanan sendiri. Bukankah itu satu kebaikan? 
  6. Bilangan binatang yang dikorbankan hanya mengikut bilangan orang yang ingin berkorban dan mampu melakukan serta membayarnya. Bermakna tidak ada binatang yang disembelih sia-sia tanpa ada yang menginginkannya. 
     Lagipun, saya rasa kalau nak berlebihan mengutuk Islam dalam bab ni, bukankah setiap hari juga memang banyak binatang yang disembelih untuk memenuhi pasaran daging di seluruh dunia? Kalau tak, mana nak dapat bacon, ham dan macam-macam lagi? Eh lupa. Kerbau pendek tak ada leher kira sembelih juga ke? Hehe. XD

     Korban dalam Islam ini bukanlah persembahan seperti ini:
Situasi 1: "Allah, inilah korbanku. Harap kau suka dan tidak menurunkan bala kepada aku."
Atau,
Situasi 2: "Allah, ini korban kami. Hapuskan musuh-musuh kami."
It is actually more of,
Situasi 3: "Allah, terima kasih kerana memberi rezeki yang banyak kepadaku maka dengannya aku mampu berkorban (baca:bersedekah) pada tahun ini sebagai tanda bersyukur terhadapmu."

     Hari Raya Korban dalam Islam sebenarnya lebih kepada untuk mengajar umatnya supaya tidak berlebihan dalam menyayangi harta mereka dan cinta kepada Allah yakni Tuhan Yang Satu itu lebih utama. Dengan berkorban sedikit daripada harta mereka diharapkan dapat memberi rahmat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Well, shortly, that's it. Nak pergi beraya pula ni. Hehe. Take care brothers and sisters dan selamat berhari raya. Makan tu jangan sampai tak ingat dunia. XD


~Jaw~

1 comment:

  1. Review - Bet365 Casino Site 2021
    How to Use Bet365 Sports Betting Site? · Enter your email address and password. · Click the button 'Join Now'. · Click “Sign Up' · Type in your personal details. · Once you've luckyclub

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...