Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Saturday, March 29, 2014

Wanita Perlu Jaga Rupa


Peace be upon you. Yo everyone. Waddap? I'm doing great, really great. Hope you're the same. Walaupun baru jugak update sebenarnya, tapi terasa macam nak jugak update sementara idea tengah fresh. I just hope you guys will enjoy reading this. Maaflah sebab bahasanya mungkin kedengaran kasar sikit, campur dengan bahasa rojak sikit. XD

Mula-mula sekali nak cakap, aku tulis ni bukan nak memburukkan sesiapa. 100% jujur, ikhlas untuk bagi idea kat girls, betapa pentingnya jaga rupa. Banyak kali dah bersembang pasal ni dengan kawan-kawan perempuan yang lain, dan kebanyakkannya cop aku miang, gatal dan yang sewaktu dengannya lepas diskusi-diskusi tersebut selesai. Aiseh, ada kelas. Diskusi kau. XD   Terus terang cakap, aku tak kisah orang kata apa, aku tahu aku nak bini lawa jugak. Haha. Tapi, sebelum korang cop, "Mamat ni miang ah, etc", bagilah can dulu kepada hamba untuk menjelaskan. Boleh noh? Maseh. n_n

Jadinya, kongsi pengalaman dulu boleh kot. Pada suatu hari, *ewah* aku tengah lepak-lepak kat lab, tetiba ada sorang kawan perempuan aku ni tanya soalan luar alam. Langsung tak ada kena mengena dengan konteks pembelajaran. Lari terus macam Usain Bolt pecut 100 meter. Ok, itu mengarut. XD   Sambung balik, buatnya dok dalam makmal Biologi, boleh dia tanya dengan muka innocent, "Kau suka perempuan macam mana?" Pap. Kaku sekejap. Apa aku nak jawab ni? Jawab nak yang lawa, kang semua dub aku miang. Jawab nak yang muslimah, mangai, bunyi macam kerek pulak. Haha. Tapi, yang menariknya, logik aku, si budak belasan tahun masa tu, buat aku lagi rela dikata miang daripada kerek. Aku jawab, "Aku nak yang lawa, sejuk mata memandang, senang hati aku melayan." Korang tahulah consequence selepas tu. Tebal muka entah berapa lama menahan orang kata aku lelaki gatal. Gua miang? Come on la sisters. Untung aku jawab jujur, korang tanya orang lain, gerenti dia jawab, "I suka yang macam you." Eww, tolonglah. Haha.

Some girls still think of me like that. Lelaki miang, jangan didekati kalau tak nak miang melekat. Haha. Jadi terasa nak tulis kat sini, apa definisi lawa bagi aku, dan apa maksud aku dengan, "Aku nak yang lawa, sejuk mata memandang, senang hati aku melayan." Let met start with the 'lawa' definition. Amaran, kau jangan kata "Tak sama pun macam dalam kamus." Fyuu, 'flying kiss' hinggap di pipi nanti. LEL. Definisi sendiri ni. Haha. Lawa atau cantik ni, bagi aku, maksud dia, sesuatu yang bila kita tengok, rasa senang hati. Kau tengok tandas bersih, kau senang hati. Apa kau kata? "Lawa tandas ni." Haha. Tak ke? Dush, mengapakah tandas juga yang menjadi contoh kau Jaw? *monolog dalaman XD* K fine. Contoh elok sikitlah. Tengok taman, korang rasa senang hati. Bunyi burung berkicauan keriangan, bunyi cengkerik sesekali memecah kesunyian. Berbumbungkan langit biru, ku lena dalam pelukan angin yang menghembus dingin. Ewah. Apa korang kata? "Lawa taman ni." Haha. Rasanya cukup terang dah penjelasan yang diberi. Basically, I define everything that is nice to see as 'lawa'. Senang, mudah, indah, apa ke jadah. Eh? As simple as that. 

Kemudian, pasal "Aku nak yang lawa, sejuk mata memandang, senang hati aku melayan." Ayat ni serius mudah untuk disalahfahami oleh orang-orang yang prejudis terhadap saya. Haha. If you know me, you'll understand that I mean no harm. Takde itchy-itchy punya. Aku cuma nak perempuan yang lawa di mata sendiri, bila tengok dia, hilang rasa letih and all dan end up aku rasa senang hati je nak melayan kerenah si dia. That's what I meant. Namun, masih ada kawan aku yang tetap salah faham walaupun dah dijelaskan sampai tahap ni. So, let me add some more. Kecantikan tu subjektif. Tak ke? What is beautiful for me may be ugly for you and vice versa. Beauties are in the eyes of the beholder. Dengan menggunakan perkataan tersebut, bukan bermaksud perempuan tu kena 36-24-36 (hourglass body shape) baru dikata lawa. Lawa jugak tak bermaksud perempuan tu kena ada badan macam Marilyn Monroe. Biar badan macam Adele tahun 2008 pun, kalau dah dengan tengok tu rasa senang hati, aku kata lawa jugak. Biarlah rupa tak sama macam Ella pun, kalau dah tengok senang hati, tetap aku kata lawa. Begitulah lebih kurang maksudnya.

Meh sini nak bagi sebab pulak kenapa wanita kena sentiasa jaga rupa. Dah memang jadi lumrah lelaki suka perempuan cantik dan seriously, korang sendiri pun tak nak orang lain tengok korang  macam pontianakkan? Setidak-tidaknya, pontianak pandai jaga rambut, baju dia pun putih berseri, sebab tu masih ada lelaki yang nak buat dia jadi bini. LOL. Contoh terbaik ni. XD  Aku sendiri dah mengaku tadi dan aku berani kerat jari *sekadar penegasan sahaja. LOL*, lelaki lain pun lebih kurang je. Kat sini perempuan yang kurang keyakinan diri selalu down ni. Rasa diri dia tak cantik, tak lawa, tak chumil la apalah. You're wrong. Apply the beauty is subjective concept. Biarlah ramai yang kata korang tak lawa pun, gerenti, akan ada jugak yang kata sebaliknya. Logik jugak bila fikir balik. Kalau semua kata kau lawa, mampus semua berebut nak buat kau jadi bini, perempuan lain acano? Hah? Mindblown. By the way, dengan jaga rupa, bukanlah bermaksud, kena mekap tebal-tebal, kena sambung kening etc. Cukuplah sekadar berpakaian yang buat korang rasa selesa. Yang penting kemas, takleh serabut-serabut, muka kena senyum sokmo, pakai tudung elok-elok, yang free hair, rambut biar tersusun rapi. Ala, macam korang keluar ngan kawan-kawan perempuan yang lain. Nothing too heavy, not too light. Takde nyer lelaki kata kau hodoh pakai tudung sarung, tapi cantik gila, meletup, kebabo bila pakai tudung Hana Tajima. Samo yo. Takde nyer kau jadi lagi cantik bila pakai heels berbanding pakai wedges ke apa. Please be noted that I am talking in a guy point of view. Pakailah tudung belit ke, tudung bawal ke, tudung Mawi ke Yuna ke, lelaki tetap nampak tudung je. Pakailah kasut ke, heels ke, Converse ke, selipar ke, lelaki tetap nampak alas kaki. Samo yo. Aku bagi korang RM10 kalau boyfriend korang puji, "Lawa tudung Mawi you hari ni. Tinggi betul wedges you. Pakailah heels tinggi langit pun, I akan tetap sambut you kalau you jatuh." Yucks. Haha.

LOL. I should stop now. Sebelum kena sumpah jadi batu dengan mana-mana perempuan yang baca post ni. Haha. Few last words to my girl friends *jarak eh.ada senggang di situ*. Just be yourself. There'll be guys who think you're beautiful without you even trying to make them think that. DAN SAYA TAK MIANG. Terima kasih. XD


~Jaw~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...