Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Monday, October 24, 2011

Bukan Senang Nak Berjaya


Yoo. Hari ni rasanya nak tulis post dalam Bahasa Melayu. Bolehkan? Hehe. Ok. Jom sambung cerita. Selalunya cerita macam ni berlaku kat orang-orang yang pandai. Jadi apa? Well, selalunya diorang ni akan dengar ayat-ayat camni. "Ko pandai,otak genius,takpela ; Ko memang dilahirkan pandai ; Ko gifted ; etc" Korang pernah dengar ke? WAHH! Pernah? Budak pandai! Haha. Apa? Oh. Memang dengar la sebab korang sendiri pernah cakap? Haha. Ok-ok. Sebenarnya, ayat ni layak digunakan oleh orang yang malas je. Malas nak usaha. In my opinion, semua orang boleh je jadi pandai. Tak ada masalah sikit pun. Yang penting kena rajin belajarlah. Namun, tak dinafikan memang ada orang yang dah usaha bersungguh-sungguh tapi tak pandai-pandai. Jangan risau, Allah takkan sia-siakan usaha  anda. Ada la kebaikan lain yang disimpan-Nya untuk anda. Apapun, pernah tak kita terfikir mungkin mereka yang pandai ni dulu pun bukannya pandai sangat tapi lepas berusaha bersungguh-sungguh baru jadi camtu? Yes, I admit, memang ada orang yang dilahirkan dengan kepandaian, tapi, dia pun kena belajar, baru jadi lagi pandai. Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
"Tuntutlah ilmu biarpun sampai ke negeri China.". 
Apa maksudnya? Cuba la tengok peta. Jalan darat dari Mekah nak ke China. Jauh tu. Masa zaman Rasulullah S.A.W mana ada kapal,bot semua tu. Memang Jalan Sutera tu lah yang jadi penghubungnya. Bahasa pun dah lain. Jadi, maksudnya Rasulullah S.A.W menyuruh kita belajar betul-betul walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga sampai ke tempat orang. Dalam surah ar-Rad ayat 11, Allah berfirman,
"The fact is that Allah never changes the condition of a people until they intend to change it themselves."
Allah menyuruh kita berusaha untuk mengubah nasib kita sendiri. Jadi, kalau rasa dilahirkan kurang pandai, usahalah untuk jadi pandai. Satu lagi alasan yang selalu digunakan, "Dia ada duit. Boleh pergi tuisyen bagus. Mampu bayar private tutor." Tak tahu kenapa tapi memang sikap manusia suka mencari alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri(me too). Kalau guna alasan tu, kita kena ingat, camne ngan student kat hostel? Bukannya diorang boleh pergi tuisyen kalau nak pun. Kalau boleh pun, masa cuti je la.Memang kalau ikut pengalaman di hostel, kita boleh tengok yang cara belajar setiap orang berbeza-beza. Ada yang nampak lepak, tapi result dia gempak. Bila tanya camne dia belajar, rupa-rupanya dia suka duduk dengan mana-mana study group. Then dia dengar apa yang group tu bualkan,dapat la ilmu kat dia jugak. Then, kalau dia tak faham apa-apa, dia tanya dan mintak orang-orang dalam group tu jelaskan. Haa. Tak perlu nak baca buku teruk-teruk pun dapat gak pointer 3.5 ke atas. Cool guy. Lagi, ada yang suka pergi kelas tambahan yang student buat. Untuk dapat keberkatan dalam ilmu, jadi ramailah student-student yang pandai dalam subjek tertentu buat kelas untuk subjek tu. Jadi, semua orang pun heboh-hebohkan pasal kelas tu. Ramailah yang datang. Kira ganti tuisyen la ni. Kadang-kadang kelas camni lagi bagus sebab nak tanya apa-apa tak yah nak malu. Semua kawan-kawan je. Kalau yang mengajar tak tahu, mungkin yang diajar tu ada yang tahu. Kan ramai. Hmm. Lagi, ada yang jenis ulat buku. Pagi, petang, siang dan malam... Buku je dalam tangan. Pergi kelas paling awal, balik makan paling lambat. Pergi prep paling awal, balik prep paling lambat. Prep malam paling awal, balik bilik paling lambat. Dalam bilik, baca buku lagi, tidur pukul 1-2 pagi. Haa. Yang jenis tu pun ada. Ada yang baca buku biasa-biasa, tapi campur dengan tanya orang untuk fahamkan konsep. Buat nota ringkas dalam kertas dan lekat kat meja. Style gak. Ada yang, biasa-biasa. Masa belajar, belajar. Kelas prep,baca buku,pastu kadang-kadang main kejap, kadang-kadang berbual kejap, pastu baca buku balik. Petang-petang, tak pernah miss riadah. Nak stabil antara mental dan fizikal katanya. Malam baca buku balik, study group ke. Haa. Jenis ni memang banyak dan biarpun ramai yang macam ni resultnya taklah sehebat group-goup lain, tapi result diorang ni pun tak mudah jugak. Pointer 3 ke atas gak. Ok la tu. Haa. Walaupun ada yang result tak berapa nak bagus, maybe pointer 2 lebih je, tapi bagi aku biasalah tu. Tak semestinya semua student asrama, SBP ke, MRSM ke apa ke mesti pandai-pandai. Mestilah ada yang kurang sikit. Tapi satu jaminan, usaha diorang pun bukan calang-calang. Ada yang tiap-tiap pagi miss rehat sebab nak pergi jumpa cikgu nak tanya soalan, tapi result tak seberapa jugak. Tapi aku bangga dengan diorang sebab kalau aku mati hidup balik pun, aku yakin aku takkan mampu usaha kuat sampai macam tu. Point kat sini, kepada sesiapa yang rasa dia kurang pandai, fikir-fikirkanlah, ada tak korang usaha macam diorang kat atas tadi. Kalau takde, come on! Strive hard for it. Kalau ada, tapi tak boleh jugak, cubalah guna cara lain untuk belajar, mungkin korang rasa korang jenis yang  suka membaca tapi result hampeh gak, cubalah cari kawan-kawan yang boleh ajarkan korang. Try a few ways of studying and insyaAllah, korang akan jumpa cara yang sesuai. Yang paling penting, korang mesti ada keinginan untuk belajar dan berpegang pada prinsip Imam Malik iaitu ilmu mesti dicari bukan mencari seseorang. That's all for now. n_n


~Lonymous~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...