Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Friday, July 22, 2011

Penjual Pisang Di Kaki Lima


PENJUAL PISANG DI KAKI LIMA
Usman Awang
 
Lalu gadis Tionghoa cheongsam biru 
pemuda di belakang bergegas melesetkan ujung sepatu 
penjual pisang di kaki lima 
dua bakul pisang terletak di antaranya
 (melihat sepatu dan betis yang lalu dengan jemu bas kutunggu.) 
Datang sebuah bas penuh isi 
(aku tak boleh naik lagi) 
sebuah kereta menjalar tuan tersandar  
penjual pisang di kaki lima
baru laku sepuluh sen cuma 
(penarik beca kulihat membelinya.) 
Matahari tersangkut di bumbung bangunan 
di seberang ada restoran sedang ternganga. 
Berat-berat langkah pengawal jalan bertapak
 hati penjual pisang sesak berkocak  
‘He, mana lesen? 
tutup kaki lima, ha?’ 
Manakah sama yang dapat merasa
 manusia hidup sesamanya, memburu apa? 
Ah, bakul pisang sudah diregang 
nyonya tua berbaju ungu menyerah salah 
(pasti anak-anak menanti di rumah) 
dalam lori terkepung pengawal, matanya berlinang! 
Bas pun lalu dan kami pun memburu
                                                                                                                                                      

Hey guys. Hari ini saya akan berkongsi satu sajak dengan anda semua yang selalu diceritakan oleh ayah kepada saya. Oleh itu, saya rasa lebih baik saya menulis post kali ini dalam Bahasa Melayu kerana saya rasa hal ini akan memudahkan anda untuk memahami apa yang ingin saya sampaikan. Karya Usman Awang ini telah dihasilkan pada tahun 1958. Disebabkan itu anda dapat melihat keadaan hidup masyarakat pada zaman itu. Saya tidak mahu menghuraikan mengenai sajak tersebut secara detil (detail/terperinci) tapi saya akan fokus kepada beberapa bahagian dalam sajak tersebut. Pada rangkap di bawah,
penjual pisang di kaki lima
baru laku sepuluh sen cuma
dapat kita faham bahawa masyarakat pada masa itu hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. Kemiskinan yang dipaparkan dalam rangkap di atas jelas memaparkan kemiskinan yang ketara kerana penjualan mereka tidak laku di kalangan rakyat biasa kerana rakyat sendiri tidak berkemampuan manakala golongan yang berkemampuan pula tidak menyokong jualan mereka. Dalam rangkap di bawah,

Berat-berat langkah pengawal jalan bertapak
 hati penjual pisang sesak berkocak  
‘He, mana lesen? 
tutup kaki lima, ha?’ 
 jelas menunjukkan berlakunya penindasan oleh pihak berkuasa. Hal ini berlaku kerana pihak berkuasa dan mereka yang bekerja dengan kerajaan pada masa tersebut tidak memahami keadaan hidup masyarakat. Sudahlah mereka itu miskin, ditindas pula, menampakkan kekejaman pihak berkuasa.
Pengajaran yang sentiasa diingatkan oleh ayah kepada saya, jika kita menjadi pembuat polisi ataupun pelaksana sesuatu polisi, kita perlu memikirkan kesusahan seseorang. Pihak berkuasa tadi telah bertindak kejam dengan menutup kedai nyonya tua tersebut. Tidakkah mereka melihat kesusahan hidup yang dialami penjual pisang tersebut? Tidakkah mereka memikirkan mengenai anak-anak penjual pisang tersebut? Tidakkah mereka memahami bahawa penjual pisang tersebut hanya ingin mendapatkan rezeki untuk sesuap nasi? Tidakkah mereka fikirkan mengenai anak-anak penjual pisang tersebut? Jadi, apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah jika kita merupakan pihak berkuasa yang melaksanakan tugas-tugas seperti dia atas, tolonglah, fikirkan juga mengenai kesusahan orang lain.Mungkin, mungkinlah dengan melakukan perkara-perkara tersebut akan memudahkan kita, tapi orang selalu cakap, "Bantu orang dalam kesusahan walaupun kita dalam kesusahan buatkan kita rasa senang." Ok. Mungkin tak pernah dengar, tapi mesti anda juga berfikiran sebegitu bukan? Kesimpulannya, jadilah orang yang memikirkan kesusahan orang lain dan jauhilah sikap mementingkan diri sendiri. Saya akhiri post kali ini dengan nasihat yang sering dikatakan oleh Usman Awang.
“Mesti tulis, mesti tulis perkara yang benar.Jangan diam, biar pun diketepikan orang sekarang tetapi saudara akan mendapat perhatian kemudian.Jangan diam. Susah untuk menjadi penulis dan lebih susah untuk menjadi penulis yang berani. Bagisaya seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis, beritahu rakan-rakan muda yang lain. Ini nasihat saya.”

~Lonymous~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...