Pages

Hadith of the Update

Narrated by Ibn 'Abbas,

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose : (They are) Health and free time for doing good."

[Bukhari. Volume 8, Book 76, Number 421]

Quote of the Update

Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.

-George Orwell

Wednesday, March 30, 2011

Mencarut

Stop doing this all right
Hey guys. Tonight, I wanna share something about 'mencarut'. It means, cursing with the use of abusive words. There's no need to give the examples because I don't want my blog to be discoloured with those words. Menurut kamus dewan pula, mencarut bermaksud mengeluarkan perkataan yang keji dan kotor, memaki-maki. Well, the reason for me to write about this is because, nowadays, I see that many people loves to curse other people. I don't know why but daaaa... It happens. I really-really wonder why do they love doing that. Lagi teruk, yang perempuan pun tak nak kalah. Dah yang lelaki mencarut, diorang pun nak mencarut jugak. Haish. I truly don't understand those guys. Well, I used to ask a friend of mine who loves to say the 'F' word, why does he love saying that. And, the answer is quite shocking. "Aku dah biasa. Ala. Bukan teruk sangat pun perkataan tu. Lek la king. Aku tau la hang skema." Well-well. Skemalah sangat. Bukan apa, memang betul perkataan tu bukan teruk pun dan bukannya perkataan yang jahat. The 'F' word means something natural but when you use the word to others, it becomes bad. Samalah macam perkataan babi ke,monyet ke apa ke. Semua tu bermaksud sesuatu yang semulajadi dan baik. Tapi bila perkataan tu digunakan kepada orang lain, itulah yang dikatakan mencarut. Seriously, just compare this two sentences. Kau bela anjing dengan kau ni anjing lah. Yang mana mencarut? Of course the second sentence is the one, and it sounds bad. Walaupun anjing tu perkataan yang baik, menunjukkan seekor binatang tapi bila digunakan untuk mengutuk orang, perkataan itu akan dikira sebagai mencarut. So, totally, cursing is not a good thing and especially to the muslims, avoid it because Islam taught us to do good to others and don't say something that might hurt others' feelings. When I say others, I mean all including the non-muslims. Everyone deserves to be treated nicely. Ini bermaksud, bila kita mencarut, dosa akan menjadi milik kita tanpa diminta. Pahala kita ni, rasanya macam langit dengan bumi je kalau nak dibandingkan dengan para sahabat. Bayangkanlah, iman Abu Bakar seorang pun dah tak mampu nak ditandingi walaupun dicampurkan iman semua umat akhir zaman. So, we should avoid doing those sins. Nak elakkan daripada melakukan dosa memang tak mungkin tapi, yang mana boleh dielakkan, cubalah elakkan. Saya tahu, sesetengah daripada kita mungkin dah sebati dengan perbuatan tu, tapi, usaha tangga kejayaan. Just keep trying and you'll be able to stop. Cursing doesn't give you any advantage. You might feel normal because everyone else are doing the same, but believe me, if you stop, no people will ask you about it. Don't worry. Even if they do, you have nothing to worry about. You're doing the right thing. Berani kerana benar, takut kerana salah... (ada kena mengena ke? hantam sajalah labu).Well, whatever. The point is, stop cursing. Berhenti mencarut, hidup tak kalut. Till the next post.


~Lonymous~

Monday, March 28, 2011

Bahasa Kelantan


Hey guys. Huh. I wonder... How long have I abandoned this blog? One day? Perhaps two? A week? Oh. Doesn't matter. Anyway, just in case if anyone were wondering where I have been for quite some time, the answer is, I went nowhere but MY LAPPY DOES. Where? Ke kedai. Well.It's kinda broken and I tried to repair it myself but I failed miserably so in the end, to the shop it goes. Oh my gosh. Dah mula merapu dah ni. Ok. Now, back to the topic.

Bahasa Kelantan. Well, I'm sure this language is famous everywhere in Peninsular Malaysia (forget about Sabah and Sarawak coz I'm not sure). Why? Sebabnya, orang Kelantan ni, suka berpindah ke tempat yang akan memberi peluang kepada mereka untuk berniaga dan jadi orang kaya(not all but mostly). Tak percaya? Haha. No problem. Cubalah pergi jalan-jalan di pasar malam ke, pasar minggu ke, atau restoran-restoran tertentu di mana-mana di seluruh negara, mesti anda akan dapat cari kedai makanan Kelantan. Even at the night market near my house, there's this auntie from Kelantan, who is selling nasi kerabu and nasi dagang(pure Kelantan). Memang laku lah perniagaan dia. Dia mula berniaga lebih kurang pukul 6 dan bila pukul 7 lebih-lebih sikit je, sure habis dah. Sometimes, dia dah tutup kedai dan balik dah. Huh. Anyway, korang tak akan jumpa bahasa Kelantan yang pure di tempat lain kecuali di Kelantan sendiri. Apa yang specialnya? Haha. Well, ada satu hari tu, my family and I tengah jalan-jalan then, dalam perjalanan kitaorang nampak satu signboard kedai gambar. Di situ, tertulis, 'Sudah Selalu'. Korang rasalah kan, apa maksud signboard tu? Apa?

Haha. Boleh di agak. Ramai yang akan cakap, kedai itu bermaksud sudah selalu tangkap gambar, ataupun dah biasa tangkap gambar dan yang sewaktu dengannya. Tuuuttt. Salah. Sebenarnya, maksud 'Sudah Selalu' di signboard itu adalah gambar yang ditangkap pada hari itu akan 'Siap Terus'. Ada macam-macam lagi bahasa yang digunakan orang Kelantan akan disalah-faham oleh orang luar. I havea story to tell. Ada dua pelajar menyewa satu rumah. Seorangnya orang Kelantan dan seorang lagi orang KL. Sambil-sambil mereka bersantai di rumah, tiba-tiba seekor ular masuk melalui celah pintu. 

Orang Kelantan: Ambik penyapu wey....Katok2...
Orang KL : Apesal2? Ya Allah Ular. Kejap2. Aku ambik penyapu.
Orang Kelantan: Katok la. Katok.
Orang KL : Bukan katak la. ULAR tu. ULAR. ULAR.
Orang Kelantan: Katok la. KATOK. KATOK. 
Dan begitulah seterusnya. Orang KL itu menganggap yang sahabatnya mengatakan ular itu katak sedangkan maksud 'Katok' yang dikatakan oleh orang Kelantan itu adalah 'Ketuk', bukannya katak. Tapi tak boleh nak salahkan orang KL tu jugak sebabnya, memang ketuk dan katak dalam bahasa Kelantan disebut 'Katok'. Namun, ada sikit perbezaan dalam cara menyebutnya. Ketuk akan disebut Katok. Katak pula akan Kattok.

Orang Kelantan ni, percakapan mereka ada tinggi rendah. Macam bunyi Ka dalam katok tadi, Ka untuk ketuk bunyinya tengah dan Ka untuk katak bunyinya tinggi. Lagi, plastik dalam bahasa Kelantan akan disebut supik. Basikal akan disebut Sika. Lagi satu, korang mesti pernah main sembunyi-sembunyi kan? Orang yang akan mencari perlu mengira mungkin dari 1-10 bagi memberi peluang untuk kita bersembunyi. Kiraan bagi orang Kelantan cukup mudah iaitu...so,wo,go,pak,mo,ne,juh,pear,le,luh.
so=1,wo=dua,go=3, dan seterusnya. Banyak lagi yang nak di-share tapi tak apalah. That's it for now. Till the next post.


~Lonymous~

Friday, March 18, 2011

Aurat


Hey guys. Hari ni nak cakap sikit la pasal aurat. Bukan apa, sekarang ni, ramai sangat yang buka aurat tanpa sedar. Tak faham? Maksudnya, ramai orang (khususnya perempuan), di luar rumah, in real life, tutup aurat maybe sebab dah diajar macam tu, ataupun boyfriend suruh ke apa. Tak tahu la. Tapi, masalahnya, dah elok-elok tutup aurat kat luar, dalam Facebook pula dia buat hal. Ye la. Tangkap gambar tengah mandi pantai dengan family la, apela, for sure ada gambar yang tak tutup aurat. Apa? Pakai tudung? LOL. Apela. Tutup aurat bukan bermaksud pakai tudung sahaja ya cik kak. Let me tell you an aya from the Quran that tells what is aurat, and which part are aurat. Buka al-Quran yang ada terjemahan dan buka surah an-Nur, tengok ayat 31. Maksudnya: 'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya.' All right. For sure, semua orang tahu bahawa aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan hingga pergelangan tangannya. Jadi, kalau pakai tudung, tapi pakai baju lengan pendek, baju ketat, sama juga la. Kira tak tutup aurat juga. Memang betul, kalaulah kita mandi pantai, susah kalau nak pakai baju lengan panjang, mungkin pakai tudung pun susah juga. Tapi apapun, aurat perlu ditutup. Still, kalau masih tak nak tutup aurat, itu hak anda tapi tolonglah jangan pergi upload masuk dalam Facebook. Dah la masa mandi tu, entah berapa ramai yang tengok kita tak tutup aurat, masuk dalam Facebook, lagi ramai la yang tengok. Mampu ke nak tanggung dosa yang bertambah 24 Jam? I repeat, 24 HOURS and 7 DAYS. Dua kali ganda pulak tu. Mampu? Answer it yourself. Dan kadang-kadang tu ada yang tanya, dalam ayat ni tak kata pun pasal tak boleh pakai baju ketat-ketat ke apa. Betul. Tapi ayat di atas ada mengatakan, "...janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka...", memperlihatkan tu tidak semestinya bermakud membuka baju then pergi tunjuk kat semua orang. Well, that is one way to say it tapi dengan pakai baju ketat pun, sama juga, maksudnya kita menunjukkan tubuh kita agar dilihat oleh orang lain tak kira la siapa pun. Cuba tanya sendiri dengan rakan-rakan anda yang berpakaian ketat, mesti ramai yang jawab (maybe tak semua tapi mesti ramai), "Aku nak orang tengok aku ni cantik la." and etcetera. Bila cakap tengok, maksudnya kita nampak, dan bila nampak maksudnya kita lihat, dan bila kita lihat maksudnya ada yang memperlihatkan. And sometimes, ada yang kata, "Aku bukan tak nak pakai tudung, tapi aku takut nanti orang kata apa pulak." Ramau yang takut orang kata, "Ko ni ikut cakap boy je. Bukan ikhlas pun./Ko ni wat alim kenapa?" Pedulikan mereka. Cuba fikir, masa kita kecil-kecil dulu la, sembahyang ikhlas ke tak? Hell no. Sure sebab takut kena rotan dengan ayah, kena marah ke apa. Kan? Tapi bila dah besar, kita dah tahu yang sembahyang tu wajib sebab itu Rukun Islam, jadi kita pun ikhlas apabila sembahyang dan tak la susah kita nak laksanakannya bila dah besar, sebab masa kecik-kecik dah diajar sembahyang. Sama la macam kes ni. Kalau kita pakai tudung (bukan tudung saja, tutup aurat sekali) sekarang, mungkin orang akan kata kita tak ikhlas dan mungkin betul apa yang orang cakap tu. Tapi, percayalah, keikhlasan tu akan datang perlahan-lahan. Sama macam kes sembahyang tadi tu. I guess that's all for now. I am truly sorry if you are agrrieved with my post. Tetapi, saya cuma mencegah kemungkaran dengan cara yang saya mampu. Nak pergi pukul atau marah orang tu, memang tak boleh la, jadi, dengan cara ni la saya tegur. Thanks for reading. Till the next post. 


~Lonymous~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...