TAK TAK TAK, BUNYI derapan kasut
terompah menghampiri Grell dari belakang.
"Grell!
Grell!" jerit satu suara yang sangat dikenalinya.
Grell
berpaling, "Apa dia?" di tangan tergenggam pedang kegemarannya, D3 Criss,
berwarna biru kemerah-merahan dengan elemen kilat.
Boom!
Mata Grell silau dek Amiya Punishment yang meletus di depannya seperti api yang
keluar daripada enjin roket yang sedang berlepas. Membutakan.
"Budak
ni, kot ya pun takde PVP takleh ke greet
leklok," getus Grell dalam hati. TQ berdiri di depannya memegang panah
update terbaru. Entah apa nama,
berwarna merah terang benderang dengan efek api.
"Hee,"
TQ buat muka toya, senyum tak bersalah. "Awak busy tak ni? Kita nak minta tolong sikit."
"Dah
la fire orang dengan Amiya, ada hati nak
minta tolong," marah Grell.
"Ala,
saja je tu. Boleh la. Penting ni. Please please please," pujuk TQ.
"Apa
dia?"
"Tolong
ajar kita Maths, SPM dah dekat
ni."
Grell
ketawa, "Deyy kakak. Kita
tinggal SPM dah berapa lama. Maths
dah karat la. Sikit-sikit ada ingat la.
Math Mod ke Math Tam?"
"Boleh
punya. Awak pandai," mata tergedik-gedik konon nak pujuk Grell, "Math
Mod. Ada soalan yang kita tak faham."
"Hmm.
Kita try la eh. Yang mana kita tahu
kita tolong."
"Okay.
Thank you Grell! Buka Skype
cepat!" arah TQ.
"Aye aye captain."
Grell menutup window game dan terus log masuk ke Skype dan belum pun sempat berbuat apa-apa, satu panggilan
video terus masuk. Grell senyum sendiri dan terus menjawab panggilan tersebut.
"Test test. Dengar tak? Grell?"
tanya TQ.
"Ah, dengar dengar, jap nak buka kamera," jawab Grell dengan nada bersahaja lantas
menekan butang Switch On Camera di skrin.
"Aaa!!!"
satu jeritan kedengaran di sebelah sana.
"Apa?
Apa?" tanya Grell cemas.
"Awak
tak pakai baju..." jawab TQ sambil menutup mata dengan 10 jari.
“Dia
ingat kita tak nampak yang dia curi-curi tengok celah-celah jari tu,"
fikir Grell sendiri. "Sorry. Tak
perasan. Jap," cekap Grell
mencapai bajunya yang tergantung di kerusi. Bilik asramanya bersaiz kecil,
memuatkan dua orang. Roomate-nya pula tak ada di bilik, masih sibuk di kelas
barangkali.
TQ
memarahinya, "Lain kali check la
dulu. Apa la."
"Ya
la. Sorry. Mana soalan?" Grell menjawab malas.
"Yang
ni dulu," TQ menunjukkan soalan di hadapan kamera.
"Tak
jelas la. Cer rapat sikit," beritahu Grell namun soalan tersebut masih
tidak jelas di skrin.
"Kita
snap gambar la. Jap." Beberapa saat kemudian TQ pun menghantar beberapa
keping gambar. Kali ini barulah jelas kelihatan soalannya.
"Haa, ni okay. Bagi kita a few minutes. Nak tengok soalan,"
beritahu Grell.
"Baik
bos!" balas TQ.
Tiba-tiba
kedengaran bunyi piano dari dalam earphone-nya.
TQ sedang memainkan lagu original hasil gubahannya sendiri.
"Piece baru lagi? Hebat la awak. I want your first, second, third and so on album. With autograph and for free please,"
Grell mengipas baik punya. TQ ketawa.
"Ha ah. Baru. Best tak?"
"Could use some more work tapi kita suka,"
balas Grell dengan senyuman, ikhlas memuji sahabatnya. Dia memang mengagumi TQ
yang sangat mahir bermain muzik. Grell pernah bercita-cita menjadi pemuzik
semasa kecil tapi setelah menghadiri beberapa kelas, dia menyerah kalah.
Alasannya, dia tidak berbakat dan fikirnya lebih baik fokus kepada perkara
lain. Apa perkara lain tu, sampai sekarang dia masih tidak tahu.
"Ni
kita dah siapkan soalan ni. Check la
jawapan dia betul ke tak."
TQ
berhenti bermain piano dan terus memeriksa jawapan Grell.
"Yup. Betul. Cane awak buat?"
"Gini," Grell terus masuk mod
mengajar. Bila masuk mod ni, dia terus straight
to the point, tak cakap banyak. Akan diajarnya orang tersebut sampai faham,
begitulah sikap Grell yang pernah bercita-cita menjadi seorang guru.
"Okay.
Kita faham dah semua soalan-soalan ni. Nanti kalau ada soalan lain, kita call lagi ok?" tanya TQ.
"Tak
jadi hal. Setakat mana kita tahu kita tolong la," balas Grell.
"Adik!!!
Hang sembang ngan sapa lama sangat? Hang
pi buat kerja sekolah nuh,"
marah satu suara.
"Alamak,
mak kita! Dok buat la ni mak!! Ada kawan ajaq!!" jerit TQ. Cepat-cepat dia
mematikan panggilan dan meninggalkan Grell sendirian. Grell ketawa
terbahak-bahak.
"You're
welcome," getusnya di dalam hati.
Begitulah
hidup mereka hampir setiap hari selama beberapa bulan. Grell mengajar TQ
Matematik dan kadang-kadang, diredahnya juga mengajar subjek lain walaupun
sudah hampir 5 tahun meninggalkan sekolah. Sebagai balasan, TQ pula akan
memainkan piano untuknya setiap hari buat menghilangkan keletihan dan kusut di
kepala dengan pelajarannya sendiri.
***Setahun
kemudian***
“Letih doh hari-hari kelas sampai petang macam ni. Seminggu straight bro. Huu, tak tahan,” beritahu Ad kepada Grell sambil membuka pintu
bilik mereka. Grell melangkah masuk dan memasang kipas terlebih dahulu. Kerusi
ditarik betul-betul di bawah kipas dan dia duduk sambil membuka kemejanya.
“Nak
sangat kau buat Medic, haa tahan la. Nak-nak pula musim
El-Nino, panas tak ingat,” Grell menyambung perbualan. Ad cuma ketawa kecil
sebelum naik ke atas katil double-decker,
standard katil di mana-mana asrama penuh tu.
“Baring
jap, penat,” kata Ad malas. Penat
sungguh kelas back to back sepanjang hari, rehat cuma waktu makan tengah
hari. Sempatlah solat dan makan sikit. Biasalah tu hidup di universiti, walaupun
ada jadual kuliah, tapi masanya tetap berubah-ubah mengikut jadual kerja
pensyarah sendiri. Akhirnya jadual yang lapang menjadi sesak juga.
Grell
menghidupkan laptopnya di atas meja study
lantas ke bilik air mengambil wuduk. Selesai sahaja menunaikan solat asar, dia
membuka Facebook.
“Hari
ni result SPM kan? Mesej TQ jap,” Grell
berkata kepada dirinya sendiri. “Salam. TQ. Pekabo
yong. Acano result? Hehe,” butang
Send ditekan.
“Skype…”
balas TQ.
“Lah, online rupanya. Macam tak kena je minah ni.” Tanpa bertanya banyak,
Grell terus log masuk ke Skype dan seperti kebiasaannya, satu panggilan video
masuk sebelum dia sempat melakukan apa-apa.
“Grell…
Kita kena marah dengan family kita.
Teruk,” beritahu TQ teresak-esak. Suaranya sayu. TQ membuka cermin mata dan
mengesap air mata dari pipinya.
“Kenapa
ni? Ni mesti menangis sepanjang hari ni. Teruknya muka,” Grell Cuma senyum
tawar tak tahu bagaimana nak memulakan bicara. Soalan ditanya sekadar berbasa
basi walaupun jawapannya sudah boleh di agak di dalam kepala.
“Mak
marah sangat tadi… Kakak-kakak pun sama, kata kita bodoh, tak kesian kat mak…” kata TQ.
Grell
mengangguk tanda faham namun dia terus mendiamkan diri. Dia tahu benar, masa-masa
begini, menjadi pendengar lebih baik. TQ meneruskan bicara.
“Kita
sedar kita tak pandai. Kakak-kakak kita lawyer,
medical student…” beritahu TQ, “Kita? Arts
je. Lukis-lukis je pandai. Mak
kata takde masa depan. Grell… Kita
tak tahan.”
“Eh.
Tak adalah sampai macam tu. Bagi kita, Arts
ni antara yang cerah masa depan dia kat
Malaysia. Kan sekarang zaman
kartun-kartun Malaysia naik. Tapi boleh kita tahu, kenapa mak dengan
kakak-kakak cakap macam tu?” Grell bertanya lembut.
“Kita
dapat 2A je. Maths dengan Seni. Takde fail,
tapi banyak C.”
“TQ
fahamkan sekarang kenapa diorang marah?”
“Tahu…
Tapi dah nasib. Nak buat macam mana?”
Grell
menyusun ayat dalam kepala supaya mesej yang hendak disampaikannya diterima dan
tidak menyakitkan hati TQ.
“TQ,
awak ingat tak, dalam seminggu dua sebelum SPM, kita tanya awak, kenapa main game lama sangat. Tak study ke? Ingat?”
“Ingat…”
“Lepas
kita tanya tu, awak off sejam. Lepas
tu tengok-tengok, awak online balik. Main
pula 3-4 jam. Perasan?”
“Perasan…”
muka TQ makin sugul. Pipi yang sudah mula mengering kembali basah dek air mata
yang bercucuran.
“Sejam
tu… Awak buat apa?”
“Kita…study…”
Grell
tahu TQ menipu melalui gerak-geri badannya, matanya yang dipalingkan ke arah
lain, jawapannya yang teragak-agak. Dia kenal benar kawannya. Memang ketagih
dengan game online. Masanya
dihabiskan berjam-jam setiap hari untuk game, sehinggakan kadang-kadang, 12 jam
mudah-mudah saja terbuang di hujung minggu.
“Awak
rasa, study sejam, main game 3-4 jam,
balance ke?”
TQ
cuma diam seribu bahasa. Grell menyambung lagi.
“Tak
baik tau. Salahkan nasib macam tu. Kita kena tengok juga, usaha kita macam
mana. Allah ni tak kejam. InsyaAllah, selalunya, dia akan bagi balasan yang
setimpal dengan usaha kita.”
“Tahu…
Grell. Tolong kita…” TQ mula menangis teresak-esak. Empangan air mata yang
ditahannya bersungguh-sungguh akhirnya pecah juga. Grell senyum kerana tahu
mesejnya sampai. Dia menukar topik, topik yang tadi biarlah bersambung di
kemudian hari. Bila emosi TQ sudah stabil sedikit.
“Tak
apa. Kita teman awak hari ni,” Grell membatalkan niatnya keluar bermain bola
tampar petang ni. “Kita faham perasaan tu. Kita pun pernah fail teruk exam. Ayah
kita pun kata kita antara yang paling bodoh dalam batch kita sebab fail.
Teruk kita kena marah masa tu.”
“Ayah
awak pun sama?”
“Yup.
Tapi kita faham. Dia sebenarnya marah sayang. Kadang-kadang parents kita memang
macam tu, diorang terlepas cakap sebab sedih sangat. Mak awak kita pasti dia
pun macam tu. Yang penting, sekarang ni, awak kena kuat, jangan ambil hati
sangat apa family kata. Bagi diorang
masa. InsyaAllah, diorang akan cool down
nanti.”
“Tapi
macam mana nak kuat Grell… Kat meja
makan, takde sape tengok muka kita.
Semua diam je. Kita tak lalu makan,
terus naik.”
“Kenapalah
teruk sangat family support dia ni,”
fikir Grell sendiri. “Hey! Mana boleh tak makan. Tapi untuk menjawab soalan tu,
nak kuat senang je. Kita kan ada.”
Grell ketawa.
“Eleh,” TQ senyum sumbing. “Awak ada
boleh buat apa?”
“Kita
boleh dengar masalah awak. Setidak-tidaknya, ada la juga orang nak bersembang kan?”
“Alah, itu kawan kita yang lain pun boleh
buat. Apa bezanya. Ceh.”
“Haa, itulah awak tak tahu. Bezanya
sekarang, awak cerita masalah awak kat
kita. Bukan diorang.”
“Bweekk,” TQ menjelir lidah. “Kita boleh je nak cerita kat diorang. Tapi kalau cerita kat
yang happy, kan ke rosak pula hari
bahagia dia. Kalau nak cerita kat
yang senasib dengan kita, kesian burden
kat dia pula.”
Grell
tersenyum melihat gelagat kawannya. Bersyukur melihat sahabatnya yang sudah
kelihatan ceria sedikit. “Makanya, itulah beza dia kakak. Kita neutral. Awak
nak cerita benda sedih ke, happy ke,
kita okay je.”
“Okay.
Nanti kita cerita banyak-banyak sampai awak penat. Padan muka. Nak sangat jadi kaunselor
kita. Kita tak kira, satu minggu ni, awak kita punya!!!”
Ketawa
mereka pecah.
“Grell.
Terima kasih ya tolong kita. Setidak-tidaknya kita ada 2A. And, satu A tu sebab awaklah,” TQ memberitahu Grell jujur.
“Eh? Pula? Macam mana pula sebab kita?”
“Awak
kan selalu ajar kita Maths. Banyak latihan yang kita buat
masuk exam. Pastu kita ingat semua
tips awak kasi. Senang faham, senang
ingat, senang buat.”
“Oh,
kita tolong sikit je. Kalau awak tak
cari kita, tak jadi juga.”
“Still! Terima kasih. Boleh je awak decline. Awak kan student
medik, busy. Nak main sukan lagi
petang-petang. Tapi bila kita minta tolong, ada je masa awak.”
“Ya
lah. Sama-sama. Kita tolong ikhlas.
Awak macam adik kita, kita nak awak berjaya. Itu je.”
“Hmm.
Grell…”
“Apa?”
“Haa sudah. Budak ni nak confess kat aku ke? Alamak, naya
aku ni. Salah step ke?” fikir Grell.
Mukanya merah, kepalanya pening memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menjawab
luahan cinta si TQ nanti.
“Betullah
kan, usaha tangga kejayaan. Yang kita
usaha dengan awak, kita boleh je
dapat A. Seni pun dapat A sebab kita memang selalu melukis, benda kita minat.
Yang lain-lain tu, betul, kita lebih banyak main daripada belajar. Kita rasa ni
la dia hikmah yang Allah nak bagi kat kita.”
Grell
menutup mulutnya yang melopong. Dia cuba menyembunyikan mukanya yang semakin
merah padam, malu kerana berfikir yang bukan-bukan. “Err. Aaa. Aah. Betul la
tu. Betul sangat. Usaha tangga kejayaan.” Di sebalik rasa malu, timbul juga
rasa gembira kerana topik yang dihajatkan untuk disambungnya ketika emosi TQ
stabil sepertinya sudah tidak relevan lagi. TQ sudah menyedari kesilapannya dan
itu sudah cukup buatnya.
“Kenapa
muka awak merah? Eee. Lawaklah.”
“Ma-mana
ada. Tak merah pun.”
Ketawa
mereka pecah lagi. Kedua-duanya yang tadi kepenatan dengan kehidupan
masing-masing kini terhibur. Grell bahagia melihat kawannya tersenyum, TQ pula
gembira mengetahui dia mempunyai sahabat sebaik Grell. Sedikit pun mereka tidak
menyangka, bermula dengan pertemuan di dalam satu game online, yang kemudiannya terbawa-bawa ke Facebook dan Skype
boleh pergi sehingga tahap ini. Mereka tidak pernah bersua muka namun dalam
diam-diam, kedua-duanya menyimpan harapan agar mereka dapat bertemu satu hari
nanti.
~Jaw~